Monday, 4 November 2013

Melodi : Warna-warna Cinta - Brothers


Lagu Warna-warna Cinta nyanyian Brothers ini merupakan lagu nasyid kegemaran. Lagu ini membawa banyak maksud yang mendalam dimana ia menyeru kita supaya bercinta. Menjaga semua warna-warna cinta yang diibaratkan seperti pelangi agar terus menerangi. 
Semoga warna-warna cinta anda sentiasa seperti pelangi!

Coretan : Akhi Khidir


Salam Ukhuwah ya Akhi Khidir . . .

Pertemuan di bulan Ramadhan yang diatur Sang Rabb ini pasti dijanjikan sebuah kemanisan ukhuwah. Aku bersyukur kepada-Nya kerana dikurniakan seorang abang yang sempurna bagiku. Dia juga seorang tahfiz al-Quran dan masih mempelajari kitab-kitab agama. Semoga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan hingga ke syurgawi. 

Coretan : Barakallahulakumawabaraka


Barakallahulakumawabaraka ya akhi wa ukhti

Semoga abang kandung pertamaku ini mampu membina sebuah masjid cinta atas dasar ketakwaan. Harapnya kekal setia bersama selama-lamanya hingga ke syurga. Amin!

Saturday, 14 September 2013

Coretan : Pentomin Sayembara 56 Tahun Merdeka


Salam 31 Ogos 1957 . . .


Merdeka!
Ekoran itu, SMA Lunghatul Quran mengambil kesempatan untuk mengadakan Sayembara 56 Tahun Merdeka yang menganjurkan 3 pertandingan iaitu Puisi, Kior dan Pentomin. Dari segi penyertaan pula, dibahagi melalui unit beruniform iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Seni Silat Sendeng, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Jabatan Pertahanan Awam dan Puteri Islam.
Pada asalnya terdapat sedikit masalah dari segi penyertaan kerana ada yang menarik diri pada saat akhir. Segera ana mengambil keputusan untuk plan B iaitu mengambil pelakon baru sedangkan esoknya adalah hari pertandingan dan giliran untuk ana menjalani ujian Syafawi Sijil Menengah Agama. Tetapi semua itu tidak menjadi masalah dan penghalang untuk ana memberikan komitmen yang baik kepada pentomin.


Mesti ramai yang tahu laungan keramat ini. Laungan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Bapa Kemerdekaan) di Stadium Merdeka. Seperti mana yang kita tahu, bukan mudah untuk memperoleh kemerdekaan ini, meskipun ia telah menjadi sejarah namun apakah peranan kita sebagai rakyat Malaysia? Pastilah menghargai dan mengenang jasa mereka yang memperjuangkan kemerdekaan.






Sesi Latihan

Sebagai ahli PBSM, ana mengambil kesempatan untuk menyertai pertandingan pentomin. Pentomin merupakan sebuah drama cuma pelakon di atas pentas tidak boleh melontarkan suara, andai dialog suara latarlah yang akan menyuarakan dialog pelakon di atas pentas tersebut. Sedikit sebanyak ana mencari bahan melalui You Tube untuk melihat persembahan yang pernah dipersembahan. Ana bersama Nurul Nasuha banyak memainkan peranan dari segi mencipta plot, dialog dan prop. Berikut adalah watak dan ahli di sebalik tabir pementasan pentomin PBSM:



Muhd Hazmi - Tunku Abdul Rahman 




Said Qutub - Lord Lennox-Boyd



Adam Arshad dan Azraie Aizat : Pemuda Melayu



Fatihatul Husna, Nurul Nasuha dan Azura - Gadis Melayu



Said Qutub dan Akmal Arizat - Tentera Komunis



Zairi Raziman - Tok Abah 



Muhd Saufi - Suara Latar



Muhd Hajid - Pengarah






Semoga pementasan pentomin PBSM akan menjuarai pertandingan pentomin! 

Coretan : Projek Khat dan Lukisan Mural di Tadika Agama Johor

Segalanya bermula dari 06 September 2013, Ustaz Hanif bin Ismail meminta supaya ana memenuhi permintaan orang rumahnya Ustazah Myza untuk membuat khat pada dinding tadikanya di Sekolah Agama Bandar Tangkak. Dengan lapang dada ana menerima tempahan itu. 

Pagi-pagi 07 September 2013 lagi Ustaz Hanif telah datang ke Qasrul Ameer untuk mengambil ana dan Solihen. Solihen juga turut serta, sungguh pun dia tidak mahir dalam khat tetapi dia membantu untuk lukisan moral di dinding. Luqman Yusuf juga turut membantu kami dalam menyiapkan tugasan tersebut.


























Insyaallah kami akan melakukan yang lebih baik pada masa akan datang tambahan pula ada tempahan baru menyusul . . .

Thursday, 1 August 2013

Coretan : Iftar Steamboat

Salam Ukhuwah Fillah Abadan Lillah.
30 Julai 2013 bersamaan 21 Ramadhan 1434.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Sang Rabb yang mengizinkan Scientist Generation beriftar bersama-sama di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.


Bermula dari cadangan yang dikemukan di kelas yang mahukan iftar bersama-sama. Setelah sebulat suara, kami bersetuju untuk mengadakan majlis itu. Kami memilih steamboat sebagai destinasi iftar kali ini, di mana seorang hanya memerlukan bayaran RM15 sahaja. 


Kami berkumpul di perkarangan sekolah seawal jam 9.15 malam dan bergerak ke sana dengan menaiki sebuah van dan sebuah kereta. Setiba di sana kami memilih dan mengambil makanan sendiri. Ada yang mengambil ayam, daging, udang, sotong, kerang dan yong tau foo.


Steamboat 

Ketika mengambil pilihan makanan

Suasana yang riuh

Setelah itu, kami memulakan misi memasak. Itulah pengalaman pertama ana di steamboat. Sebelum ini ana belum lagi pernah ke mana-mana restoran steamboat. Sejujurnya, pengalaman ketika memasak itu sangat menyeronokkan. Bagi ana, pencipta steamboat ini adalah seorang yang kreatif kerana mampu memanifestasikan cara hidangan memasak kepada yang lebih menarik.

Cikgu Nadiah, Saufi dan Luqman

Khusyuk memasak

Inilah steamboat meja kami

Selera sungguh Rasyidi 

Kamal : jom makan!





Ice cream time !

Setelah beberapa jam berlalu, kami pun mula bersiap-siap untuk pulang. Terasa berat bagi kami untuk meninggalkan restoran steamboat itu. Mungkin kerana banyak kenangan terukir pada malam itu. Walau bagaimanapun, kami tetap tidak lupa kepada Syazwan dan Aiman yang tidak dapat hadir pada malam itu. Meskipun jasad mereka tidak bersama, tetapi jiwa mereka tetap ada bersama kami. Semoga dua jam itu akan menjadi detik bermakna dan menjadi kenangan terindah selagi hayat dikandung badan. 


Selamat Berbuka Puasa Scientist Generation!

Sejarah Islam : Panglima Penakluk Konstantinopel



* PANGLIMA SERTA SUMBANGANNYA *


PANGLIMA ZAKHANUS
Memimpin ARMADA laut

PANGLIMA AMIR PASHA
Pakar negosiasi dan mengetuai misi memusnahkan rantai besi gergasi


PANGLIMA KHALIL PASYA
Menyelam laut dan menyerang kota dari belakang


HASSAN ULUBATE
Memimpin tentera gempur daratan.
Syahid ketika memacakkan bendera untuk menaikkan semangat mujaheed yang lain.


PANGLIMA SULAIMAN OGLO
Pembinaan menara Rumeli Hissari.
Pembinaan menara tinggi bergerak untuk misi memanjat dinding benteng.


* IDEA YANG GAGAL UNTUK MELEPASI BENTENG LAPISAN RANTAI BESI GERGASI *

Mengebom penjaga rantai besi gergasi

Memutuskan rantai dengan gergaji ciptaan saintis Konstantinopel

Merempuh rantai tersebut 
dengan 3 kapal sekaligus