Wednesday, 31 July 2013

Video : Sultan Muhammad Al Fateh - Penakluk Konstantinopel ( Istanbul )

Coretan : Pertandingan Seni Khat Sempena Ihya' Ramadhan

Bersempena Ihya' Ramadhan kali ini, telah dianjurkan beberapa pertandingan bagi setiap tingkatan di Maahad Lughatul Quran. Antaranya:
* Mencipta Kad Raya - Tingkatan 4/5
* Teka Silang Kata - Tingkatan 2/3
* Seni Khat - Tingkatan 1

Ana juga membantu ustazah Norlaili ( penganjur ) dalam persediaan pertandingan ini. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang ana peroleh di samping mengendalikan sebuah pertandingan.

Di mana Pertandingan Seni Khat ini bertujuan untuk mencari bakat baru dalam bidang seni khat agar dapat menjadi pelapis untuk masa akan datang. Insyaallah mereka yang berkelayakan akan dipilih untuk mengikuti Kelas Seni Khat untuk mengasah lagi bakat mereka supaya mereka lebih mahir dalam seni warisan ini.



Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan karya masing-masing adalah 2 jam. Peserta perlulah menulis Surah al-Ikhlas dengan memilih salah satu jenis khat tersebut:
* Khat Nasakh
* Khat Thuluth
* Khat Riq'ah
* Khat Diwani


Skema pemarkahan pula diuji melalui kaedah khat, kekemasan serta hiasan. Peserta hanya disediakan sehelai kertas A4. 

Cukup untuk kali ini. Ana berharap agar semakin ramai remaja yang akan mencintai warisan ulama' ini dan semakin ramai komuniti yang membuka mata terhadap perkara ini. Biar pun kita tidak berdakwah secara lansung, tetapi hakikatnya kita berdakwah secara tidak lansung. Semoga seni khat ini menjadi salah satu wadah untuk memartabatkan agama suci Islam. Insyaallah!






 Majulah Seni Khat Demi Islam !

Saturday, 27 July 2013

Coretan : Selamat Tinggal Jam Tangan!


"Wahai jam, walaupun kau hanya berharga RM 10 namun kau cukup bermakna bagiku. Sejak kejadian itu, lenganku tidak lagi dihiasi dengan mana-mana jam." 



Segala-galanya bermula ketika waktu pulang sekolah. Akibat terburu-buru, maka berlakulah perkara ini. Ana meletakkan jam di atas meja lalu mengemas buku-buku untuk pulang ke asrama. Tanpa disedari, ana tertolak jam itu dengan beg lalu terjunlah ia di bumi kelas 4 Sains itu. Ketika itu, tiada apa-apa yang ana fikirkan. Namun ketika menghampiri jam itu, ana terperasan ada serpihan kaca di sekeliling jam itu. Jam yang terlungkup di lantai itu, ana angkat perlahan-lahan...... Pecah! 


Beberapa detik setelah memilikinya

"Mungkin Allah tidak mengizinkan kita bersama wahai jam. Maafkan aku, aku terpaksa mencari pengganti......."

Coretan : Pertandingan Kaligrafi Khat Terbuka

Pada 01 Julai 2013, ana berjaya menjejakkan kaki di dewan Pertandingan Kaligrafi Khat Terbuka anjuran MARSAH, Johor Bahru.
Ceritanya bermula ketika ustazah Norlaili bte Masran ( mursyidah ) memberitahu ana tentang pertandingan tersebut. Ana berasa berdebar-debar kerana itulah detik pertama kali ana bertanding khat di Johor Bahru. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Ana bimbang andai tidak berjaya mendapatkan nombor dalam pertandingan tersebut tambahan pula kategori terbuka. 

Pada mulanya ustazah mahu menghantar ana ke sana, tetapi atas sebab-sebab tertentu, ustazah tidak mendapat kebenaran keluar sekolah untuk menghantar ana. Ana jadi pelik. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Ana turuti. 


Setelah dibincang, ana membuat kata putus untuk mengikut kawan ana pulang ke rumahnya, Johor Bahru. Ana mengajak Marzuqi untuk menemani ana. Semuanya jadi mudah tambahan pula walid kepada kawan ana bersetuju untuk menghantar ana ke MARSAH. Ana jadi bimbang, takut-takut menyusahkan dia.




Seperti biasa, zikir dan selawat akan sentiasa menghiasi bibir ana tatkala langkah kaki mula mengorak. Sebenarnya ana lewat 10 minit, ana bimbang dan bergegas ke dewan yang bertempat di tingkat 4. Tidak dinafikan memang sesak nafas ana, kesian umi dan Marzuqi yang turut bergegas. Ana kesungguhan mereka untuk menyokong ana.


Kini tibalah detik yang mendebarkan. Denyutan jantung tidak lagi merdu. Pengacara mengumumkan saguhati terlebih dahulu. Ana berharap nama ana tidak tersenarai dalam saguhati. Tetapi takdir Allah mengatasi segala-galanya. Ana mendapat saguhati dalam pertandingan tersebut. Namun ana bimbang menghampakan perasaan orang yang berharap pada ana. 


Tidak mengapa, bagi ana cukup saguhati bagi ana kerana itulah pertandingan khat yang berkatogeri terbuka yang pertama ana sertai. Juaranya pula seorang guru khat, naibnya pula anak murid kepada guru tersebut. 




Semoga Allah sentiasa mengiringi langkah ana dalam berkarya seni khat selepas ini... La Tahzan!




Coretan : Minggu Bahasa Melayu


Bahasa Jiwa Bangsa.
Demikianlah tema bagi Minggu Bahasa Melayu, Maahad Lughatul Quran. Semestinya minggu yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan pelajar ini akan menyajikan pelbagai pertandingan yang boleh disertai. Antaranya sajak (individu), sajak (dekon), drama, sudut bacaan, syair, nyanyian lagu rakyat dan banyak lagi. Apa yang menyeronokkan ana dan rakan sekelas, kami berjaya mendapat tempat dalam semua pertandingan yang di pertandingkan.

*Juara Sajak (dekon) - Warkah Kepada Generasi

*Juara Sajak (individu)
*Juara Syair
*Juara Sudut Bacaan
*Juara Nyanyian Lagu Rakyat - Ulek Mayang dan Sayang Kinabalu
*No.3 Drama - Surat Untuk Ina






Sajak (dekon) disertai oleh ana dan Solihen sebagai pendeklamasi sajak serta Ariff, Fasiha dan Aisyah sebagai pemain watak. Idea asal diambil daripada sambungan Sajak (dekon) tahun lepas. Ternyata idea itu cukup bernas dan dapat dibanggakan. 



Sajak (individu) pula diwakili oleh Marzuqi. Bagi Syair pula kami tampilkan Saufi. Selain itu, untuk nyanyian lagu rakyat, Saufi sebagai wakil putera dan Fasiha sebagai wakil puteri. Untuk Sudut Bacaan pula, cikgu Nadiah banyak memainkan peranan sehingga sanggup membawa beberapa pelajar kelas untuk outing mencari bahan-bahan menghias sudut tersebut. Lega rasanya kerana usaha itu membuahkan hasil yang memuaskan. Pertandingan terakhir adalah drama yang bertajuk Surat Untuk Ina yang dipetik dari buku analogi sekolah menengah. Ekoran daripada Cinderella Story pada Talent Show yang lalu, kami gagal untuk mendapatkan johan dalam pertandingan drami ini kerana kami terikat dengan buku analogi. Pada asalnya kami sudah bercadang untuk membuat drama Magika serta membawa penonton ke alam fantasi, tetapi gagal kerana kami terpaksa akur dengan syarat penyertaan. 







Kami Cinta Minggu Bahasa Melayu! 

Friday, 26 July 2013

Sejarah Islam : Sultan Muhammad al-Fatih Penakluk Kota Constantinople


Rasulullah meramalkan dalam sabdanya yang bermaksud:
"Constantinople (Istanbul) akan dibuka. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera."
(Riwayat Ahmad)

18 FEBRUARI 1451
*Sultan Muhammad al-Fatih menaiki takhta sebagai sultan kerajaan Uthmaniyah ke-7 menggantikan ayahnya, Sultan Murad II. Beliau merancang untuk menawan kota Constantinople.
*Kerajaan Uthmaniyah ketika ini mempunyai tentera yang kental jiwanya dan cintakan jihad di samping mengumpulkan ribuan ulama sebagai penasihat kerajaan.


06 APRIL 1451
*Sultan Muhammad al-Fatih mengetuai 2500 000 orang tentera Islam ketika misi pebukaan kota Constantinople.
*Pasukan tentera Islam menaiki kapal-kapal perang menuju ke Constantinople.

07 APRIL 1451
*Kapal tentera Islam tidak dapat memasuki kota Contantinople di Teluk Golden Horn kerana dihalang dengan rantai besi gergasi yang merintangi lautan.


21 APRIL 1451
*Sultan Muhammad al-Fatih mengarah tenteranya mengikut jalan darat setelah jalan laut gagal untuk dilepasi.
*Tentera Islam telah mengangkut 75 buah kapal ke atas gunung dalam tempoh satu malam. Taktik peperangan ini merupakan taktik terbaik di dunia dan diakui oleh sejarawan Barat.

22 APRIL 1451
*76 kapal tentera Islam meluncur semula ke perairan Teluk Golden Horn dan berjaya melepasi rantai besi gergasi.
*Tiba di Constantinople, gema takbir daripada pasukan tentera Islam yang diketuai Sultan Muhammad al-Fatih mengejutkan musuh. Allahuakbar!

23 APRIL 1451 - 28 MEI 1451
*Pertempuran antara tentera Islam dan tentera Kristan Constantinople.


29 MEI 1451
*Sejarah Islam tercipta. Tarikh keramat pembukaan kota Constantinople
*Kata-kata Nabi menjadi realiti setelah 800 tahun berlalu

1 JUN 1451
*Solat Jumaat yang pertama di kota Constantinople
*Solat Jumaat didirikan di Masjid Aya Sofiya, sebuah gereja yang telah dijadikan masjid.



Petua : Adab Memberi dan Menerima Hadiah


MEMBERI HADIAH
Niat yang betul
Pastikan niat kita ikhlas kerana Allah. Bukan kerana terpaksa atau menunjuk-nunjuk.
* Memilih Hadiah yang Sesuai dan Waktu Sesuai
Pilihlah hadiah yang sesuai dengan penerima. Berikan apa yang disukai bukan dibenci. Waktu untuk memberi hadiah juga memainkan peranan penting demi menjaga hati penerima.
* Tidak Mengungkit
Berhenti dari mengungkit hadiah yang pernah kita beri. Dengan perbuatan itu, maka terhampuslah pahala sedekah kita yang diungkit. Ini kerana Islam lebih mengutamakan sifat ikhlas.

MENERIMA HADIAH

* Tidak Meremehkan Hadiah
Jangan sesekali kita meremehkan hadiah yang diberi walau sebiji tamar, kerana Allah tetap memandang pemberian itu. Ini juga demi menjaga hubungan supaya tidak rosak.
* Tiada Unsur Haram dan Syubhah
Pastikan tiada perkara yang berkait dengan haram dan syubhah terhadap hadiah yang kita terima. Tolaklah dengan hikmat andai diberi hadiah yang memudaratkan kita.
* Membalas Hadiah
Sunat bagi kita membalas hadiah yang diterima. Sunat lagi untuk kita membalas hadiah tersebut dengan hadiah yang lebih baik dari hadiah yang diterima.



Jom Beri Hadiah !

Saturday, 13 July 2013

Coretan : Sudut Bahasa Arab


Baru-baru ini ana dan Kamal ( sahabat ) berkarya pada dinding sudut Persatuan Bahasa Arab ( PERBARA ) atas permintaan ustaz Abd Mubin bin Abd Rahman ( guru penasihat Persatuan Bahasa Arab, Maahad Lughatul Quran ).. Pada asalnya ana telah melakar menggunakan pensil. Namun ana masih tidak ber[uas hati dengan hasil kerja itu. Ana tekad untuk memadam dan melakar semula. Saat itu ana benar-benar berharap lakaran itu menjadi. Kerja ini hanya mengambil masa selama dua hari sahaja. Kami hanya berkesempatan untuk menyiapkan tugasan ini pada waktu petang sahaja memandangkan pada hari itu hari persekolahan. Berlatar berlakang warna hijau muda, ana menulis khat 'Ahlan Wasahlan ila Hadiqatil Lughatul Arabiah' yang berwarna hitam. Kamal banyak membantu ana untuk persediaan dan bantuan walaupun dia kurang mahir dalam bidang khat ini. Tanpa dia ana yakin tugasan ini tidak mampu disiapkan dalam masa terdekat.




AHLAN WASAHLAN ILA HADIQATIL LUGHATUL ARABIAH