Wednesday, 31 July 2013

Coretan : Pertandingan Seni Khat Sempena Ihya' Ramadhan

Bersempena Ihya' Ramadhan kali ini, telah dianjurkan beberapa pertandingan bagi setiap tingkatan di Maahad Lughatul Quran. Antaranya:
* Mencipta Kad Raya - Tingkatan 4/5
* Teka Silang Kata - Tingkatan 2/3
* Seni Khat - Tingkatan 1

Ana juga membantu ustazah Norlaili ( penganjur ) dalam persediaan pertandingan ini. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang ana peroleh di samping mengendalikan sebuah pertandingan.

Di mana Pertandingan Seni Khat ini bertujuan untuk mencari bakat baru dalam bidang seni khat agar dapat menjadi pelapis untuk masa akan datang. Insyaallah mereka yang berkelayakan akan dipilih untuk mengikuti Kelas Seni Khat untuk mengasah lagi bakat mereka supaya mereka lebih mahir dalam seni warisan ini.



Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan karya masing-masing adalah 2 jam. Peserta perlulah menulis Surah al-Ikhlas dengan memilih salah satu jenis khat tersebut:
* Khat Nasakh
* Khat Thuluth
* Khat Riq'ah
* Khat Diwani


Skema pemarkahan pula diuji melalui kaedah khat, kekemasan serta hiasan. Peserta hanya disediakan sehelai kertas A4. 

Cukup untuk kali ini. Ana berharap agar semakin ramai remaja yang akan mencintai warisan ulama' ini dan semakin ramai komuniti yang membuka mata terhadap perkara ini. Biar pun kita tidak berdakwah secara lansung, tetapi hakikatnya kita berdakwah secara tidak lansung. Semoga seni khat ini menjadi salah satu wadah untuk memartabatkan agama suci Islam. Insyaallah!






 Majulah Seni Khat Demi Islam !

No comments:

Post a Comment