Thursday 1 August 2013

Coretan : Iftar Steamboat

Salam Ukhuwah Fillah Abadan Lillah.
30 Julai 2013 bersamaan 21 Ramadhan 1434.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Sang Rabb yang mengizinkan Scientist Generation beriftar bersama-sama di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.


Bermula dari cadangan yang dikemukan di kelas yang mahukan iftar bersama-sama. Setelah sebulat suara, kami bersetuju untuk mengadakan majlis itu. Kami memilih steamboat sebagai destinasi iftar kali ini, di mana seorang hanya memerlukan bayaran RM15 sahaja. 


Kami berkumpul di perkarangan sekolah seawal jam 9.15 malam dan bergerak ke sana dengan menaiki sebuah van dan sebuah kereta. Setiba di sana kami memilih dan mengambil makanan sendiri. Ada yang mengambil ayam, daging, udang, sotong, kerang dan yong tau foo.


Steamboat 

Ketika mengambil pilihan makanan

Suasana yang riuh

Setelah itu, kami memulakan misi memasak. Itulah pengalaman pertama ana di steamboat. Sebelum ini ana belum lagi pernah ke mana-mana restoran steamboat. Sejujurnya, pengalaman ketika memasak itu sangat menyeronokkan. Bagi ana, pencipta steamboat ini adalah seorang yang kreatif kerana mampu memanifestasikan cara hidangan memasak kepada yang lebih menarik.

Cikgu Nadiah, Saufi dan Luqman

Khusyuk memasak

Inilah steamboat meja kami

Selera sungguh Rasyidi 

Kamal : jom makan!





Ice cream time !

Setelah beberapa jam berlalu, kami pun mula bersiap-siap untuk pulang. Terasa berat bagi kami untuk meninggalkan restoran steamboat itu. Mungkin kerana banyak kenangan terukir pada malam itu. Walau bagaimanapun, kami tetap tidak lupa kepada Syazwan dan Aiman yang tidak dapat hadir pada malam itu. Meskipun jasad mereka tidak bersama, tetapi jiwa mereka tetap ada bersama kami. Semoga dua jam itu akan menjadi detik bermakna dan menjadi kenangan terindah selagi hayat dikandung badan. 


Selamat Berbuka Puasa Scientist Generation!

Sejarah Islam : Panglima Penakluk Konstantinopel



* PANGLIMA SERTA SUMBANGANNYA *


PANGLIMA ZAKHANUS
Memimpin ARMADA laut

PANGLIMA AMIR PASHA
Pakar negosiasi dan mengetuai misi memusnahkan rantai besi gergasi


PANGLIMA KHALIL PASYA
Menyelam laut dan menyerang kota dari belakang


HASSAN ULUBATE
Memimpin tentera gempur daratan.
Syahid ketika memacakkan bendera untuk menaikkan semangat mujaheed yang lain.


PANGLIMA SULAIMAN OGLO
Pembinaan menara Rumeli Hissari.
Pembinaan menara tinggi bergerak untuk misi memanjat dinding benteng.


* IDEA YANG GAGAL UNTUK MELEPASI BENTENG LAPISAN RANTAI BESI GERGASI *

Mengebom penjaga rantai besi gergasi

Memutuskan rantai dengan gergaji ciptaan saintis Konstantinopel

Merempuh rantai tersebut 
dengan 3 kapal sekaligus