Saturday 14 September 2013

Coretan : Pentomin Sayembara 56 Tahun Merdeka


Salam 31 Ogos 1957 . . .


Merdeka!
Ekoran itu, SMA Lunghatul Quran mengambil kesempatan untuk mengadakan Sayembara 56 Tahun Merdeka yang menganjurkan 3 pertandingan iaitu Puisi, Kior dan Pentomin. Dari segi penyertaan pula, dibahagi melalui unit beruniform iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Seni Silat Sendeng, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Jabatan Pertahanan Awam dan Puteri Islam.
Pada asalnya terdapat sedikit masalah dari segi penyertaan kerana ada yang menarik diri pada saat akhir. Segera ana mengambil keputusan untuk plan B iaitu mengambil pelakon baru sedangkan esoknya adalah hari pertandingan dan giliran untuk ana menjalani ujian Syafawi Sijil Menengah Agama. Tetapi semua itu tidak menjadi masalah dan penghalang untuk ana memberikan komitmen yang baik kepada pentomin.


Mesti ramai yang tahu laungan keramat ini. Laungan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Bapa Kemerdekaan) di Stadium Merdeka. Seperti mana yang kita tahu, bukan mudah untuk memperoleh kemerdekaan ini, meskipun ia telah menjadi sejarah namun apakah peranan kita sebagai rakyat Malaysia? Pastilah menghargai dan mengenang jasa mereka yang memperjuangkan kemerdekaan.






Sesi Latihan

Sebagai ahli PBSM, ana mengambil kesempatan untuk menyertai pertandingan pentomin. Pentomin merupakan sebuah drama cuma pelakon di atas pentas tidak boleh melontarkan suara, andai dialog suara latarlah yang akan menyuarakan dialog pelakon di atas pentas tersebut. Sedikit sebanyak ana mencari bahan melalui You Tube untuk melihat persembahan yang pernah dipersembahan. Ana bersama Nurul Nasuha banyak memainkan peranan dari segi mencipta plot, dialog dan prop. Berikut adalah watak dan ahli di sebalik tabir pementasan pentomin PBSM:



Muhd Hazmi - Tunku Abdul Rahman 




Said Qutub - Lord Lennox-Boyd



Adam Arshad dan Azraie Aizat : Pemuda Melayu



Fatihatul Husna, Nurul Nasuha dan Azura - Gadis Melayu



Said Qutub dan Akmal Arizat - Tentera Komunis



Zairi Raziman - Tok Abah 



Muhd Saufi - Suara Latar



Muhd Hajid - Pengarah






Semoga pementasan pentomin PBSM akan menjuarai pertandingan pentomin! 

Coretan : Projek Khat dan Lukisan Mural di Tadika Agama Johor

Segalanya bermula dari 06 September 2013, Ustaz Hanif bin Ismail meminta supaya ana memenuhi permintaan orang rumahnya Ustazah Myza untuk membuat khat pada dinding tadikanya di Sekolah Agama Bandar Tangkak. Dengan lapang dada ana menerima tempahan itu. 

Pagi-pagi 07 September 2013 lagi Ustaz Hanif telah datang ke Qasrul Ameer untuk mengambil ana dan Solihen. Solihen juga turut serta, sungguh pun dia tidak mahir dalam khat tetapi dia membantu untuk lukisan moral di dinding. Luqman Yusuf juga turut membantu kami dalam menyiapkan tugasan tersebut.


























Insyaallah kami akan melakukan yang lebih baik pada masa akan datang tambahan pula ada tempahan baru menyusul . . .