Saturday 13 April 2013

Coretan : Cinderella Story



Assalamualaikum ya akhi wa ya ukhti... Kali ini ana ingin berkongsi pengalaman ana dan sahabat sekelas (4 Sains) dalam mengharungi English Week yang dianjurkan oleh Lughatul Quran English Society ( LUQUES ). Pada mulanya Teacher Nurnadiah binti Amir ( guru kelas ) memaklumkan tentang Talent Show dan dia mengharapkan kami sekelas dapat membuat apa-apa persembahan pada malam itu. Memang tidak dinafikan, pada mulanya banyak perbalahan yang berlaku untuk mewujudkan kata sepakat dalam persembahan pada Talent Show tersebut. Namun, setelah membuat kata putus, kami sekelas bersetuju untuk mempersembahkan Drama Musical Cinderella Story. Kami hanya memerlukan 4 hari sahaja lagi untuk membuat persediaan rapi. Antara watak yang diketengahkan :

Cinderella: Salimah

Putera Raja: Ariff
Mak Tiri: Farhana Hapizan
Kakak Tiri I: Ain Ahruman
Kakak Tiri II: Farhana Isa
Pari-pari I: Najwa
Pari-pari II: Nasuha
Pembantu Pari-pari: Puteri, Hajid
Ahli Sihir: Afiffah Izzati
Pembantu Putera Raja: Marzuqi
Pembaca Utusan: Rasyidi
Abang Putera Raja I: Muhaimin
Abang Putera Raja II: Aiman
Keluarga Pencerita: Saufi, Fasiha, Solihen, Aisyah
Pembantu Teknikal: Luqman, Afiq, Syifa'
Pengarah Drama: Syazwan
Pengarah Muzikal: Hajid





Alhamdulillah, semua persediaan berjalan dengan lancar. Namun ada timbul sedikit salah faham antara kami pada malam sebelum Talent Show yang membuatkan latihan terbantut tetapi itu semua hanyalah seketika sahaja. Biasalah itu.... Kami selitkan sebuah tarian yang ditarikan oleh semua ahli 4 Sains ketika pengakhiran jalan cerita dengan lagu Be Mine - Tasha Manshahar dan Syed Syamim. 










Debaran kian tiba di kemuncaknya. Malam yang ditunggu-tunggukan telah menjelang. Kami mendapat giliran yang ke-12. Sempat kami menontan persembahan lain, antaranya Keyboard Show, Comedy Drama, Magic Show dan karoake. 10 minit sebelum tiba giliran kami, kami telah bersedia di belakang pentas. 


*************


Alhamdulillah, terasa lega dalam dada apabila tamat persembahan. Kami dan pemomton yakin kami akan menjuarai Talent Show kerana kami mendapat sambutan dan tarikan dari penonton yang mengagumkan. 


Namun, pada malam itu juga kumpulan kami dikritik oleh juri dengan kritikan negatif. Katanya kami tidak patut menetapkan pencerita sebagai perokok dan itu adalah kesalahan yang jelas dan besar. Hakikatnya ketika latihan memang tidak ditetapkan pencerita sebagai perokok. Namun, Allah yang mencetuskan idea pencerita untuk mengulung kertas kecil dan meletakkan di bibirnya, kononnya sebagai karakter bapa ketika itu. Tidak mengapa, kami sama sekali menyalahinya kerana kami tahu dia cuba yang terbaik untuk kelas. Kesalahan kami yang kedua adalah masa yang terlebih. Bagi ana masa yang terlebih bukalah banyak mana pun. 


Lalu keputusan juri adalah muktamat, kami gagal mendapat tempat dalam Talent Show sempena English Week. Dalam pertandingan Scramble Word pula, ahli 4 Sains berjaya mendapat ketiga-tiga tempat:


No1: Marzuqi
No2: Saufi
No3: Syifa'

Sungguhpun begitu, kami gembira pada malam itu kerana kami berjaya menggembirakan teacher. Teacher begitu bangga dengan kami sehinggakan pada esoknya dia membelikan kami roti Delicia. Walaupun harganya RM 0.70, namun roti itu lebih bernilai dari emas mahupun berlian.



We Love Teacher Nadiah!

No comments:

Post a Comment