Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum sahabat yang dikasihi! Kali ini ana bawakan sebuah coretan pengalaman sepanjang ana berada di Kem Tahfiz. Pada 19 November 2012 sehingga 30 November 2012, bermulalah sebuah pengisian yang bermanfaat bagi ana. Sebuah pengisian yang diberi nama Kem Tahfiz yang dilaksanakan di Masjid Putra. Saat ana melangkah ke halaman Kem Tahfiz, apa yang ana ragukan, ana bimbang ketiadaan kawan. Namun, semua itu hanya sementara sahaja, tiba hari ke2 ana dapat ramai kenalan bercanggah dengan jangkaan semalam. Ada juga kawan yang pernah sertai Qari Junior, namanya Adam. Ada juga kawan yang berpendidikan tahfiz, 10 juzu' sudah ada dalam hafazannya. Ana tenang apabila dapat kawan seperti dia, namanya Wan Firdaus. Namanya juga dari nama-nama syurga, indah! Selain Wan Firdaus, ada juga Luqman, Farid, Aiman, Luqman Hakim, Hakimy, Haziq Irfan dan lain-lain. Dalam tempoh masa enam hari, ana hanya dapat menghafaz Surah an-Naba' dan Surah an-Nazia't. Namun begitu, saya masih belum berpuas hati kerana ana tidak berjaya menghabiskan sukatan.
Pada 28 November 2012 pula, pihak urusetia Kem Tahfiz mengadakan lawatan sambil belajar ke Darul Quran, Kuala Kubu Baharu. Tujuan lawatan itu adalah untuk memupuk minat menghafaz al-Quran di kalangan remaja. Bukan sahaja pengalaman yang ana peroleh, malah ana juga dapat info-info berkaitan Darul Quran dan tips hafazan. Darul Quran yang dipagari bukit-bukit itu ternyata indah di pandangan tambahan pula adanya tasik yang tenang di tepi masjid.
Setiap yang dibuka, pasti ditutup. Samalah dengan Kem Tahfiz ini. Rasanya banyak yang telah ana pelajari di sini yang merangkumi ilmu, persahabatan, adab dan sebagainya. Kumpulan kami diberi kepercayaan oleh pihak urusetia untuk membuat persembahan penutup. Sebelum kami mempersembahkan nyanyian nasyid Menanti di Barzakh, ana dan Wan Firdaus mendeklamasikan sebuah sajak karya ana sendiri yang diberi tajuk 'Apabila Sakaratulmaut Menyapa'. Bermainkan muzik latar yang gentar, ana mendeklamasikan sajak dengan penuh emosi. Apa yang ana harapkan, ana dapat sertai lagi Kem Tahfiz di Masjid Putra pada tahun akan datang. Kem Tahfiz di hatiku. Insyaallah!
No comments:
Post a Comment