Aku masih setia di
jendela asrama Qasrul Ameer bertemankan embun dara yang hampir menitis dari
daun yang menghijau. Bayu subuh yang menghembus bersama dedebu melankolik yang
melintasi wajahku. Celaru fikiranku diserabuti ketidakpercayaan terhadap seseorang.
Serabut fikiranku.
“Hilal,
bukan aku nak fitnah Adam tapi memang dia yang tuduh kau. Aku dengar dengan
telinga aku sendiri” jelas Helmi yang masih terngiang-ngiang di pendengaranku. Kata-kata
Helmi itu seperti radio rosak yang berulang-ulang.
Semalam duit Cikgu
Raha telah hilang di dalam bilik guru pada waktu rehat. Dalam masa yang sama,
aku dan Helmi ada di dalam bilik guru untuk menghantar buku karangan Bahasa
Melayu di atas meja Cikgu Raha. Kata Helmi, Adam menuduh dan melaporkan pada
guru disiplin bahawa aku yang mencuri duit Cikgu Raha itu.
Pada awalnya Cikgu
Raha sukar untuk mempercayai, tetapi setelah dia menemui duit itu di dalam beg
sekolahku, Cikgu Raha mati-mati percayakannya. Bukan apa, aku baik dan rapat
dengan cikgu-cikgu di sekolah. Bagi mereka aku baik dengan mereka kerana ada
udang di sebalik batu.
Aku dijatuhi
hukuman sebatan sebanyak lima kali di khalayak ramai. Tatkala rotan cikgu
disiplin itu hinggap ke punggungku, semakin marak api dendamku terhadap Adam.
“Selama ini aku
anggap kau kawan aku. Rupanya kau kawan makan kawan” bisikku sendirian.
Baru
sahaja selepas solat Subuh tadi Adam mengucapkan salam kepadaku. Jawabku dengan
perlahan. Ikutkan hati mahu sahaja aku membisu tadi. Ustaz pernah berpesan
bahawa menjawab salam itu adalah wajib dan ia juga antara hak-hak persaudaraan.
Aku sempat melemparkan jelingan padanya. Aku yang memutuskan tali persahabatan
ini. Aku yang mencipta garisan permulaan dosa besar ini.
Sesudah
aku menyarung kasut sekolah terus aku keluar dari dorm tanpa menunggu Adam.
Selalunya aku akan ke sekolah bersamanya. Tetapi hatiku betul-betul sudah terluka.
Manakan tidaknya, sahabat sendiri menikam diri dari belakang. Hati mana yang
tidak sakit.
“Kring!”
loceng menandakan waktu rehat berbunyi. Aku menyeret kerusi ke belakang dan
terus menuju ke kantin bersama Helmi. Kebiasaannya aku ke kantin bersama Adam. Sejak
perkara itu berlaku, aku ke kantin bersama Helmi.
Aku terdengar bunyi
derapan tapak kasut daripada belakang seolah-olah ada seseorang yang mengejarku
dari belakang. Terus dia menyapa bahuku.
“Hilal,
kenapa kau tinggalkan aku? Penat aku kejar kau” ujar Adam sambil nafasnya
dihembus laju. Barang kali letih kerana berkejaran ke kantin tadi. Adam
mengidap penyakit semput dan lelah. Dia yang kemiskinan oksigen terus menyelup
sakunya untuk mengambil pam mulut. Tergopoh-gapah dia mengeluarkannya. Aku terus
mengambil pam mulut tersebut lalu mencampakkannya ke dalam longkang di tepi
kantin itu.
“Hilal biarkan dia!
Biarkan dia mati saja di situ” hasut Helmi. Aku tersenyum gembira. Helmi terus
menarik tanganku tanpa menghiraukan Adam. Aku tinggalkan Adam berseorangan di
situ. Masih ada rasa simpati dalam hatiku terhadapnya.
Perlahan-lahan
angin simpati meniup dadaku.
Sedang makan di
meja kantin, aku menoleh ke kanan dan ke kiri mencari-cari kelibat Adam. Tidak
juga aku nampak susuk tubuhnya. Mungkin dia ke musolla. Kebiasaannya selepas makan, dia akan menunaikan Solat
Sunat Dhuha di musolla.
Di surau juga kucuba ghaibkan Adam dari
pandanganku. Perlahan-lahan dia menghampiriku. Aku mula disapa rasa gelisah dengan lakonanku.
"Hilal, cikgu Firda bagi kerja apa tadi?" soalnya. Aku membisu walaupun kata-kata telah kumamah dalam telinga. perlahan-lahan dia pergi, mungkin dia memahami apa yang kuinginkan. senyuman sinis terlukis di bibirku.
“Ah, kawan beribu
dalam dunia ini. Kenapa aku asyik mahu kejarkan Adam?” bicaraku kepada hati. Aku
menepuk bantal dan tilam. Setelah membaca doa tidur, perlahan-lahan aku rebah
di pembaringan.
*Hari Kedua
Tirai mataku
terbuka perlahan. Bingkas aku menggapai tuala. Tiba-tiba aku terpandang Adam
yang masih tidur. Setiap pagi, aku akan kejutkan Adam dari tidur.
“Ah, lantak kau! ”
dendamku bermonolog. Seusai mandi, Adam masih membuai mimpi. Ada juga rasa
ingin mengejutnya namun Helmi menghalang.
Hasad.
“Buat apa kau nak
kejut budak tu. Dia dah fitnah kau! Biarkan dia lambat ke sekolah. Solat Subuh
pun entah ke mana” kata Helmi sambil memakai jam tangannya yang berwarna ungu.
Cikgu Rashidah
masuk ke dalam kelas. Dia terus memulakan sesi pembelajarannya. Kelihatan Adam
tergopoh-gapah masuk ke kelas. Dengan rambut tidak disisir, tali leher tidak
dipakai kemas dan kasut tersalah sarung, dia mengetuk pintu kelas. Semua
terpandang ke arahnya. Terbahak-bahak semua pelajar tertawakannya. Cikgu
Rashidah menyuruh Adam berdiri di kaki lima sebagai denda lewat ke sekolah. Aku
tidak sanggup untuk tertawakannnya. Aku terpandang ke arahnya, dia masih
tersenyum manis kepadaku.
Setelah waktu persekolahan
tamat. Aku terus melulu keluar dari kelas, namun tiba-tiba terasa bahuku
disentuh. Aku berpaling. Adam rupanya. Semula aku ke dalam kelas.
“Hilal, tinggalkan
saja budak selekeh tu! ” kata Helmi yang sedang berjalan di kaki lima kelas
lalu menuju ke tangga. Sekarang hanya tinggal aku dan Adam sahaja di dalam
kelas.
“Hilal, sekarang
kau cakap dengan aku. Apa salah aku, apa dosa aku yang membuatkan persahabatan
kita musnah? ” perlahan kata-kata Adam menyapa gegendang telingaku.
Lemah.
“Ah, kau dah fitnah
aku! Kau cakap pada cikgu disiplin yang aku curi duit Cikgu Raha. Sekarang
cikgu-cikgu dah tak percaya aku. Puas? Itu yang kau mahukan?” teriakku, tidak
dapat menahan emosi. Sudahlah fitnah, pura-pura tidak tahu pula.
“Astagfirullah! Demi nama Allah aku tak
fitnah kau! Sumpah, sumpah aku tak buat apa yang kau cakapkan Hilal. Fitnah itu
lebih besar dosanya daripada membunuh. Kitakan kawan dari dulu, mana mungkin
aku nak tikam kau dari belakang” jelas Adam. Serak sayu suaranya berlalu
bersama air mata hingga membuatkan dia rebah melutut ke lantai kelas. Bukan
apa, dia tidak mahu persahabatan antara dia dan aku musnah.
Sayu.
Kesedihan yang
membaluti raganya membungakan hatiku. Barang kali kerana dendamku terbalas.
“Sudahlah Adam”
teriakku lagi. Aku menolak tubuhnya dengan kakiku kananku. Kali ini memang
benar aku tidak mampu menahan nafsu amarahku. Adam hanya mampu terdiam. Dia
tidak mahu mengangkat tangan dan kakinya ke tubuhku. Mungkin dia masih mempunyai
belas kasihan terhadapku.
“Hilal, cepatlah! Penat
aku tunggu kau kat bawah tadi. Sudah, jom! ” ajak Helmi sambil menarik
tanganku. Adam tunduk membisu tanpa menghiraukan kehadiran Helmi. Aku dan Helmi
meninggalkan Adam yang melayan perasaannya.
Bulan purnama hadir
ke langit. Hadir menjalankan tugasnya untuk memantulkan cahaya matahari ke arah
muka bumi. Bulan purnama tidak sendirian kerana ditemani bintang-bintang
gemerlapan.
Indah.
Aku juga tidak
sendirian kerana ditemani rasa celaru yang berbaur dengan gusar. Duduk aku di
tangga asrama. Sedang elok semua penghuni asrama membuai mimpi, aku asyik
memikirkan tentang Adam. Tiba-tiba aku terasa seperti ada seseorang hadir dari
belakangku.
“Hilal. Tak tidur
lagi?” soal Rasyidi. Dia mengusap bahuku. Aku menggeleng perlahan.
“Maaflah kalau aku
menyibuk urusan kau. Aku nak tanya sikit, kenapa kau dengan Adam tak rapat
macam dulu? ” soal Rasyidi. Ada sedikit bimbang di wajahnya. Aku membisu lagi.
“Kenapa kau gaduh
dengan Adam? Kau lebih percayakan Helmi yang baru setahun kau kenal berbanding
Adam yang tiga tahun kau kenal. Kau dah siasat ke apa betul Adam yang fitnah
kau? Aku tahu, ini semua angkara Helmi”
“Kau jangan tunding
jari pada Helmi! ” aku mula bersuara sambil menunding jari ke arah wajah
Rasyidi. Jari telunjukku tepat ke arah batang hidungnya.
“Bukan aku nak salahkan Helmi tapi memang dia yang bagitahu cikgu disiplin
yang kau curi duit tu dan dia cakap itu semua laporan daripada Adam. Duit Cikgu Raha tu,
dia yang ambil dan dia juga yang letakkan dalam beg kau. Kau memang tak perasan
semua ni. Sedarlah Hilal! Hargailah Adam sementara dia masih ada lagi” jelas
Rasyidi sambil memegang kedua-dua bahuku. Nampaknya dia bersungguh-sungguh mahu
mendamaikan kami.
Bukan apa, besar
ganjarannya jika kita mendamaikan antara dua manusia yang sedang bertelingkah.
Itu janji Allah!
Subhanallah!
“Betul ke?” soalku.
“Betul! Lagipun
buat apalah aku nak bohong kau. Ini semua demi persahabatan kau dan Adam. Sudah
berapa hari kau tak bertegur dengan Adam?” lebar kata-kata Rasyidi.
“Dua hari” perlahan
suaraku.
“Islam mengajar
kita supaya berkasih sayang antara satu sama lain, bukannya bermusuh. Kalau
masuk hari ketiga kau tidak berbaik dengan Adam, kau terpaksalah pikul dosa
besar. Aku nak esok kau berdamai dengan Adam” ujar Rasyidi lagi. Aku mengangguk
setuju.
Entah mengapa
kalimahnya mudah sekali untuk aku terima. Mungkin pintu hatiku sudah terbuka
untuk berdamai dengan Adam.
“Dari kelipan mata
kau, hembusan nafas kau, aku tahu kau masih sayangkan dia sebagai sahabat kau!”
kata Rasyidi lagi.
*Hari Ketiga
Loceng tamat waktu
rehat berbunyi. Aku sendirian masuk ke dalam kelas. Setiba di pintu kelas, aku
ternampak Helmi memasukkan duit dari beg aku ke dalam beg Adam. Segera aku
mengundur dan berselindung di sebalik pintu.
“Masyaallah, betulkah apa yang aku
nampak? Apa yang aku dah buat pada Adam? Aku dah zalimi dia ” bisikku sendiri.
Tanpa berfikir panjang, terus aku masuk ke dalam kelas. Aku berdiri di hadapan
Helmi dan melemparkan sebiji buku lima ke arah wajahnya.
“Kau kenapa? ” soal
Helmi kebingungan.
“Kau dah fitnah
Adam. Kau dah musnahkan persahabatan kami, kau boleh tanya aku kenapa?” teriak
aku yang tidak dapat mengawal kemarahan.
“Oh, memang aku
yang fitnah Adam. Kau nak tahu kenapa? Sebab kau buat aku macam tunggul dari
awal tahun. Aku nak kawan dengan kau, kau asyik layan Adam saja. Bila kau gaduh
dengan Adam, baru kau cari aku. Aku nak kawan dengan kau, kau buat aku macam sampah
bila ada Adam” jawab Helmi. Tanganku hampir saja mahu dihayun sekali lagi ke
arah wajah Helmi, namun dihalang oleh Adam.
Selepas waktu
persekolahan, Adam tidak lagi kelihatan. Aku mahu berjumpa dengannya, mahu berdamai.
Aku terus mencari Adam hingga suis lampu dipadam namun Adam tidak juga berada
di katilnya.
“Ha, Adam ada di musolla. Waktu begini dia akan qiamullail ” ujarku. Aku terus menyarung
selipar dan pergi ke musolla. Adam masih di dalam qiamullail, dia sujud ke arah kiblat. sejam berlalu, namun Adam
tidak juga bangun daripada sujud. Barangkali dia terlalu khusyuk. Aku menuggu
dengan penuh kesabaran. Hatiku terpanggil untuk mendapatkannya. Perlahan-lahan
aku menuju ke arah Adam. Aku cuba memanggilnya, tetapi tiada sahutan.
Perlahan-lahan aku meletakkan jariku pada nadinya. Tersentak, nadinya tidak
berdenyut.
Kaku.
Masyaallah.
“Innalillahiwainalillahirajiun!
” aku rebah di sebelah sujud Adam.
*Hari Keempat
Fajar Dhuha hadir
ke langit. Hadir menjalankan tugasnya untuk menerangi muka bumi. Fajar Dhuha
sendirian di dada langit.
Setelah pengebumian
arwah. Seperti sendiriannya fajar di kala dhuha, seperti itulah aku. Aku duduk
sendirian di taman. Namun ada bayu kesal yang menghembus sejenak ke ruang
hatiku.
Layu.
“Ambillah warkah
ini. Arwah sempat kirimkan pada aku. Dia pesan, kalau dia sudah tiada, baru aku
boleh bagi warkah ini pada kau” kata Rasyidi lalu pergi meninggalkan aku
sendirian. Aku membuka warkah itu di bawah sinaran Fajar Dhuha.
“Assalamualaika
bissalamil khair ya akhi! Andai warkah ini
dibuka, maknanya aku sudah tiada di dunia ini lagi. Ingatkah kau kali pertama
kita bertemu? Kita bertemu sewaktu kita menunaikan Solat Sunat Dhuha bersama-sama
di musolla. Itulah pertemuan indah
kita yang pertama. Saat kita gelak ketawa, saat kita menangis berduka. Setiap
titisan hujan dan hembusan bayu, itulah doa persahabatan aku untuk kau. Aku
mohon maaf atas segala khilaf aku sepanjang kita menjahit langit persahabatan
bersama-sama. Maafkan aku kerana tidak berterus terang bahawa aku mengidap
penyakit barah otak yang kritikal. Aku simpan semua ni untuk mengelakkan rasa
simpati kau. Segala yang berlaku kepada aku, aku ceritakan kepada Rasyidi sebab
dia jiran aku sejak kecil lagi. Apa yang aku mahukan, kau berbaik dengan Helmi,
jadikan dia sebagai pengganti aku. Ingatlah, kita sahabat sampai ke syurgawi. Assalamualaika sahabatku! ”
Menitis air jernih
dari mata.
Namun tidak dapatku
menahan apa yang terisi di hati ini lalu berjuraian air mataku di atas warkah
itu. Titisan demi titisan air jernih itu dipancar Fajar Dhuha. Fajar Dhuha ini
yang menemukan aku dengan Adam dan Fajar Dhuha ini jugalah yang memisahkan aku
dengan Adam. Aku yakin inilah takdir yang sudah tertulis yang mesti aku lalui. Segala
takdir-Nya pasti mempunyai natijah yang haq di akhirnya.
Fajar Dhuha
tersenyum kepadaku.
“Assalamualaika! ”salam itu menyapaku.
“Alaikassalam Helmi! ” jawabku mesra.

No comments:
Post a Comment