Saturday 27 July 2013

Coretan : Minggu Bahasa Melayu


Bahasa Jiwa Bangsa.
Demikianlah tema bagi Minggu Bahasa Melayu, Maahad Lughatul Quran. Semestinya minggu yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan pelajar ini akan menyajikan pelbagai pertandingan yang boleh disertai. Antaranya sajak (individu), sajak (dekon), drama, sudut bacaan, syair, nyanyian lagu rakyat dan banyak lagi. Apa yang menyeronokkan ana dan rakan sekelas, kami berjaya mendapat tempat dalam semua pertandingan yang di pertandingkan.

*Juara Sajak (dekon) - Warkah Kepada Generasi

*Juara Sajak (individu)
*Juara Syair
*Juara Sudut Bacaan
*Juara Nyanyian Lagu Rakyat - Ulek Mayang dan Sayang Kinabalu
*No.3 Drama - Surat Untuk Ina






Sajak (dekon) disertai oleh ana dan Solihen sebagai pendeklamasi sajak serta Ariff, Fasiha dan Aisyah sebagai pemain watak. Idea asal diambil daripada sambungan Sajak (dekon) tahun lepas. Ternyata idea itu cukup bernas dan dapat dibanggakan. 



Sajak (individu) pula diwakili oleh Marzuqi. Bagi Syair pula kami tampilkan Saufi. Selain itu, untuk nyanyian lagu rakyat, Saufi sebagai wakil putera dan Fasiha sebagai wakil puteri. Untuk Sudut Bacaan pula, cikgu Nadiah banyak memainkan peranan sehingga sanggup membawa beberapa pelajar kelas untuk outing mencari bahan-bahan menghias sudut tersebut. Lega rasanya kerana usaha itu membuahkan hasil yang memuaskan. Pertandingan terakhir adalah drama yang bertajuk Surat Untuk Ina yang dipetik dari buku analogi sekolah menengah. Ekoran daripada Cinderella Story pada Talent Show yang lalu, kami gagal untuk mendapatkan johan dalam pertandingan drami ini kerana kami terikat dengan buku analogi. Pada asalnya kami sudah bercadang untuk membuat drama Magika serta membawa penonton ke alam fantasi, tetapi gagal kerana kami terpaksa akur dengan syarat penyertaan. 







Kami Cinta Minggu Bahasa Melayu! 

1 comment:

  1. hahahaha... ana suka time minggu bahasa melayu..
    walaupon bnyak pertelingkahan tapi kami tetap bersatu..
    terima kasih kepada ckg nadia kerana sentiasa membimbing kami....

    ReplyDelete