Wednesday 12 December 2012

Coretan : Jubah Trend Masa Kini




Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum sahabat yang dikasihi. Kali ini, ana ingin berkongsi sedikit coretan yang berkaitan Jubah Trend Masa Kini. Nampaknya, trend budaya luar terutamanya barat semakin menular dalam fesyen pakaian sekarang, apa yang ana bimbangkan trend pakaian muslim dan muslimah semakin pudar dek sinaran trend barat.





Memang tidak salah untuk memperagakan trend pakaian barat, cuma sesekali cuba kita ketengahkan trend pakaian muslim dan muslimah pula. Bukan sahaja mampu menarik lebih ramai orang agar terpikat dengan Islam, malah kita juga mengamalkan sunnah Baginda Muhammad Sallallahua'laihiwasallam serta berdakwah secara tidak lansung. Tanpa kita sedari, kita juga diberkati-Nya dan Baginda. Tidak kisahlah jubah, serban, baju melayu mahupun baju kurung, ia juga boleh dipakai.




Malah ada juga yang memilih jubah sebagai busana perkahwinan. Tidak salah, malah digalakkan. Seperti Ustaz Don Daniyal yang mengenakan jubah semasa majlis perkahwinannya. Beliau amat gemar memakai jubah semasa menyapaikan ceramah. Tiada bezanya juga dengan Ustaz Azhar Idrus yang suka berjubah. Molek bukan?




Tidak kiralah jubah itu berwarna putih atau hitam mahupun warna-warni dan jubah itu labuh ataupun singkat ( bagi muslim ), tetap juga dipanggil jubah dan tetap kita mendapat ganjarannya jika niat kita benar untuk-Nya. Tetapi, janganlah pula pada jubah itu terdapat ciri-ciri yang bercanggah dengan hukum syariat Islam, elok-elok pahala yang kita inginkan, dosa pula yang dapat. Nau'zubillahiminzalik. Marilah sama-sama kita ketengahkan trend jubah ini agar kita mampu membuka mata semua pihak bahawa jubah juga mampu menjadi trend.




Jom berjubah!

No comments:

Post a Comment