Wednesday 12 December 2012

Petua : Miftahul Husnul Ukhwah



Kunci Sebaik-baik Pesaudaraan
Hanya cintakan diri sendiri, belum cukup mampu menjamin kita ke syurgawi. Insyaallah dengan persaudaraan yang dibina memberi peluang yang lebih besar untuk melangkah ke syurgawi bersama.
Kali ini, saya bawakan petua Kunci Sebaik-baik Persaudaraan dalam blog Manifestasi Langit Cinta ini untuk dikongsi bersama agar kita mampu berusaha menjadi sahabat yang sempurna.

*Pilih sahabat yang mempunyai minat yang sama seperti kita supaya kita ada persamaan, sungguh pun begitu jangan sesekali kita ketepikan sahabat yang tidak langsung ada persamaan dengan kita. Bersikap lebih terbuka membuatkan kita lebih matang.

*Berlaku baik terhadap sahabat lain sebagaimana kita suka diperlakukan. 

*Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap sahabat pasti ada kelebihan namun pasti juga ada kekurangan.

*Cuba hargai pendapat orang lain. Walaupun tidak bernas, cuba pertimbangkan.

*Abaikan ego sangat penting, sahabat kita tidak dapat membaca fikiran kita, sekiranya berlaku perselisihan, usahalah untuk dibawa berbincang dan selesaikan dengan sebaik-baiknya.

*Pelajari dari sahabat. Dapatkan segala ilmu yang bermanfaat dari sahabat dan cuba perbaiki kesalahannya.

*Tutup aib sahabat di belakangnya. Walaupun perkara itu sukar bagi sesetangah orang, namun kita cubalah sedaya-upaya untuk menghindarinya.

*Berkatalah dengan kata-kata yang baik. Cuba fikir dan bandingkan apa yang akan diluahkan sama ada ia akan menggembirakan sahabat kita atau sebaliknya.

*Persefahaman antara faktor penting untuk mengukuhkan persaudaraan.

*Serikan persaudaraan dengan kemesraan. Namun, janganlah bergurau berlebih-lebihan bimbang menyinggung perasaan sahabat kita.

*Tegur silapnya agar sahabat kita tidak terus tersesat di lembah sirna. Tidak semua orang berani menegur silap sahabatnya. Tegur dengan berhemah agar sahabat tidak terasa terpinggir dengan kesilapannya.

*Kurangkan cemburu terhadap sahabat kita. Ada juga orang yang cemburu melihat sahabatnya melayan orang lain lebih daripadanya.

*Berusaha untuk meluangkan masa untuk sahabat. Walaupun dalam kesempitan, cubalah mengajaknya keluar makan bersama-sama atau bersiar-siar.

*Sentiasa memberi hadiah kepada sahabat, dengan itu akan menggembirakannya dan akan meyakinkkan bahawa kita benar-benar ikhlas menjalinkan persaudaraan dengannya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang membawa maksud: "Tidak masuk ke dalam syurga orang yang memutuskan sillaturrahim".

No comments:

Post a Comment